Anda pernah kehilangan kunci?Bagaimana perasaannya mencari kunci yang hilang?Memang PENING!Cari di sana-sini tidak berjumpa.Berdenyut kepala duk memikirkannya.Begitulah keadaannya apabila mencari kunci yang hilang di dalam rumah.Bagaimana pula apabila kunci itu hilang di luar rumah?Wahhhh....bertambah peningnya...
Anda pernah menjemput seseorang?Tak kisahlah jemputan ke majlis apa pun..kerana apa yang hendak ditanya adalah strategi menjemputnya.Bagaimana agaknya cara anda menjemput?Bukan satu cara sahaja kan?Kadang2 jemput melalui mulut sahaja,ada yang guna kad,ada yang melalui pesanan orang lain dan ada pula yang mesti datang ke rumahnya dulu...setuju?
Menjemput seseorang untuk datang ke majlis kita juga perlukan strategi;dan jika betul caranya,besarlah peluang untuk dia hadir.Jika tidak,berlapik "InsyaAllah" jerlah jawabnya.Anda pernah berdepan situasi begitu?
Rezeki juga begitu.Kita memang tidak pernah tahu di mana letaknya rezeki.Sudah tentulah sukar mencarinya.Bilakah pintu rezeki akan terbuka?Berapa banyak?Melalui sebab apa?
Ada masanya kita melakukan ikhtiar sepenuh hati,dengan pelaburan yang bukan sedikit.Dengan harapan,akan datanglah rezeki mencurah-curah.Tiba-tiba,eh?!,jadi tidak ketahuan pula.Masuk angin keluar asap!
Kadang-kadang datangnya rezeki mudah sahaja.Walaupun berikhtiar dalam serba kekurangan,mudah sahaja jadi jutawan,sebagaimana yang pernah dilaporkan sebuah akhbar, "Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan. Sushil Kumar memenangi kuiz Who Wants To Be A Millionare versi India.Bercakap mengenai kemenangannya,Kumar berkata,dia terpaksa menonton rancangan kuiz itu di rumah jiran keranan tidak mampu membeli set televisyen.
Nah,begitulah hakikat rezeki,kita tidak pernah tahu bila datangnya.Ia seperti panas dan hujan.Rezeki adalah hal ghaib.Sepertimana hujan dan panas,kadang2 hujan turun seperti yang dijangka.Kadang2 tidak. "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari."begitulah bunyinya bidalan Melayu.
Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-NYA;tidak ada yang mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut.Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuinya.Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). (Al-An'am 6:59).
Sedangkan mencari kunci yang hilang di dalam rumah pun sudah pening,bagaimana mahu mencari yang ghaib?Ah,mengapa tidak gunakan sahaja strategi yang dicadangkan oleh Si Pemberi Rezeki?Bukankah lebih mudah?Apakah cara yang mudah itu?
"Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat.Kami tidak meminta rezeki daripada kamu.Sesungguhnya Kami yang memberi rezeki kepada kamu.Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertaqwa.(Thaha 20:132)
Ya,inilah kuncinya.Menjemput rezeki memang lebih mudah berbanding mencari rezeki.Mencari bermakna kita tidak tahu tempatnya.Justeru banyaklah percubaan demi percubaan yagn perlu diharungi.Sedang menjemput pula,biasanya kita sudah tahu tempatnya.Kita kenal orangnya.Ya,tinggal dijemput sahaja!
Mengapa dikatakan menjemput rezeki itu lebih mudah?Tentulah lebih mudah,sebab kita sudah tahu rezeki itu hanya daripada Allah.Satu-satunya Pemberi Rezeki Hanyalah ALLAH.
Wah,benarkah begitu?Dengan hanya menjadi orang baik sahaja,rezeki kita sudah dijamin?
Firman Allah S.W.T:
Dan sesiapa bertaqwa kapada ALLAH nescaya (Dia) akan jadikan baginya jalan keluar. Dan (Dia) akan berikan rezeki padanyadari arah yang tidak diasangka-sangka.Dan siapa yang bertawakkal kepada Allah,maka Dia mencukupinya.Sesungguhnya Allah Maha Melaksanakan perkara-NYA.Sungguh Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu ketentuan. (Ath-Thalaq 65:2-3).
Itulah jaminan Allah.Menarik kan?
Apa yang ingin saya ZOOM di sini ialah,ayuhlah sentiasa kita amalkan perkara baik yang kita tahu walaupun sedikit secara istiqamah dan berterusan.
Contohnya Solat Sunat Dhuha,Witir,Tahajjud,bersedekah,mengalihkan duri/halangan di jalanan dan sebagainya di mana Allah telah janjikan ganjaran yang besar sekiranya kita melakukannya dengan niat mencari keredhaan-NYA.
InsyaALLAH mudah2an bermanfaat dan kita dapat mengambil iktibar.Amiiin Ya Rabbal Alamin...