1)Perjalanan dimulakan selepas solat Zohor.
Dalam perjalanan ke Pekan Pahang di atas Lebuhraya LPT |
Perjalanan dari Meru Klang menuju ke Pekan Pahang kebiasaannya mengambil masa 4.5jam (330KM).
Alhamdulillah cuaca sangat cantik sepanjang hari.
2)Misi memburu Udang galah & patin bermula.
Lokasi tumpuan kami untuk memancing udang galah adalah di celah sangkar ikan patin yag diusahakan oleh penduduk di Pekan Pahang.
Suasana tenang di atas sangkar ternakan ikan patin di Sg.Pahang |
Adik Ipar :Hassan Azhari---> Juara Keseluruhan :-) |
- Sangkar ikan patin di Sungai Pahang.Banyak usahawan patin sangkar di Pekan Pahang nie.Walaupun diternak,tapi rasanya tetap enak disebabkan persekitaran air yang sentiasa berarus.
- Makanan yang diberi kepada ikan ternakan telah mengundang hidupan lain untuk "menumpang rezeki".Termasuklah ikan patin liar dan udang galah yang akan bermain di celah sangkar untuk mencari makanan.
- Sebelum memancing, perlu minta izin dengan tuan punya sangkar supaya boleh memancing dengan tenang dan selesa.
Isteri saya nie memang kaki pancing...terbaeekk...:-) |
Total udang yg diperolehi. |
Walaupun ikan patin yang diburu tidak menjelma, kami tidak berputus asa. Kali nie kami "memancing" guna umpan "duit" pula..hehehehe...
Kedai Agro Bazar.Menjual pelbagai hasil pertanian dan ternakan sungai penduduk. |
Di antara produk yang di jual oleh Agro Bazaar:
Ikan patin disauk dari dalam kolam penempatan sementara. Ikan memang segar dan kuat. |
Jumlah ikan patin yang dibeli adalah 9ekor. Harga sekilo adalah RM10.00 dan kami membayar sebanyak RM70 ( memang berpatutan sangat harga tu...:-) )
9 ekor patin sedia untuk diborong...hehehehe... |
4) Patin masak gulai tempoyak.
Ya...sudah tiba masanya untuk meng'gulai' ikan patin yang dibeli tempoh hari. Alhamdulillah dapat isteri yang pandai memasak. kalau ada permintaan untuk resepi memasak gulai tempoyak nie,saya akan buat di entry yang lain insyaALLAH.
Persiapan asas untuk gulai tepoyak ikan patin...:-) |
Tempoyak segar. |
Akhirnya....siap sudah Gulai tempoyak ikan patin yang marvellous! |
Ikhlas
Wak Meru
Mohd Azwan Bin Mohd Buang.