winter sonata

Saturday 2 February 2013

Angry Birds....Satu perspektif...

Siapa yang tak pernah dengar permainan Angry Birds? Mungkin kalau kita buat kajian secara rawak,daripada 100 orang yang ditemubual 100 orang akan cakap mereka pernah dengar tentang Angry Birds walaupun tidak pernah bermain game tersebut.Betapa besarnya pengaruh permainan ini.
    Saya pernah hampir tak tidur malam semata-mata nak dapatkan score tertinggi di antara rakan-rakan FB yang sama-sama join permainan ini.Saya lebih suka join dalam weekly contest sebab kedudukan kita sentiasa akan berubah2 setiap minggu bergantung kepada kemahiran dan nasib kita sewaktu berusaha mendapatkan highest score.
    Tapi...saya bukan nak tunjuk ajar cara,teknik dan skill permainan ini sebab saya pun bukannya terror pun.Apa yang ingin saya kongsikan ialah sejarah di sebalik permainan Angry Birds ini.
Rovio,itulah nama syarikat yang membangunkan perisian game Angry Birds.Pernah hampir muflis beberapa tahun sebelum melancarkan Angry Birds.Pemiliknya berkata,Angry Birds merupakan permainan video ke-52 yang mereka hasilkan setelah jualan 51 permainan mereka sebelum itu tidak menggalakkan.


   Dengan masa yang sesuai,usaha yang tidak mengenal erti putus asa,berani menghadapi kegagalan,dan juga tuah,mereka berjaya pada percubaan kali ke-52 sekaligus menjadikan permainan Angry Birds permainan yang paling popular dan mendatangkan keuntungan beratus juta ringgit kepada syarikat tersebut sejak dilancarkan pada Disember 2009.
   Apa yang ingin saya ZOOM di sini ialah "Kegagalan Adalah Satu Proses Pembelajaran".Takut akan kegagalan sebenarnya adalah satu penyakit kronik yang mesti di atasi kerana kalau ianya dibiarkan melarat,pasti akan menghentikan proses pembelajaran kita dan sekaligus mematikan motivasi kita untuk lebih maju ke hadapan.Hanya mereka yang sanggup mencuba dan terus mencuba tanpa mengenal putus asa akan diberi kemanisan dalam kejayaan.








2 comments:

  1. Betul tu, yang penting terus konsisten dalam membuat sesuatu yang betul dengan betul...

    ReplyDelete
  2. setuju sangat dengan saudara hanif menhad..istiqamah dalam membuat sesuatu yang betul walaupun sedikit adalah merupakan pertolongan Allah kepada hamba2-NYA...:-)

    ReplyDelete

Sudi2kanlah tinggalkan komen anda di sini yer....:-)