winter sonata

Saturday 30 March 2013

Udang Galah & Patin Sungai Pahang.

Cuti sekolah menjelma lagi.Perancangan untuk pulang ke Pekan Pahang sudah dirangka sebulan sebelum bermula cuti sekolah (25.03.2013 - 29.03.2013). Kelulusan yang diterima dari bos untuk melepaskan saya bercuti selama 3hari (25-27Mac 2013) pastinya tidak akan dipersiakan begitu sahaja.Isteri pula memang tersenyum lebar bila saya cerita plan untuk balik kampung umpama "Pucuk dicita,ulam mendatang"...hehehehe....

1)Perjalanan dimulakan selepas solat Zohor.
Dalam perjalanan ke Pekan Pahang di atas Lebuhraya LPT

Perjalanan dari Meru Klang menuju ke Pekan Pahang kebiasaannya mengambil masa 4.5jam (330KM).
Alhamdulillah cuaca sangat cantik sepanjang hari.














2)Misi memburu Udang galah & patin bermula.
Lokasi tumpuan kami untuk memancing udang galah adalah di celah sangkar ikan patin yag diusahakan oleh penduduk di Pekan Pahang.
Suasana tenang di atas sangkar ternakan ikan patin di Sg.Pahang
Adik Ipar :Hassan Azhari---> Juara Keseluruhan :-)

  • Sangkar ikan patin di Sungai Pahang.Banyak usahawan patin sangkar di Pekan Pahang nie.Walaupun diternak,tapi rasanya tetap enak disebabkan persekitaran air yang sentiasa berarus.
  • Makanan yang diberi kepada ikan ternakan telah mengundang hidupan lain untuk "menumpang rezeki".Termasuklah ikan patin liar dan udang galah yang akan bermain di celah sangkar untuk mencari makanan.
  • Sebelum memancing, perlu minta izin dengan tuan punya sangkar supaya boleh memancing dengan tenang dan selesa.
Isteri saya nie memang kaki pancing...terbaeekk...:-)
Hasil keseluruhan udang galah Alhamdulillah memuaskan walaupun tiada jenggo bersaiz mega yang dinaikkan.Ikan patin yang diidam tidak memakan umpan yang dihidang. Hanya beberapa ekor ikan lais dan baung yang bersaiz sederhana yg sudi menjamah umpan.

Total udang yg diperolehi.
3) Patin Oh Patin.
Walaupun ikan patin yang diburu tidak menjelma, kami tidak berputus asa. Kali nie kami "memancing" guna umpan "duit" pula..hehehehe...
Kedai Agro Bazar.Menjual pelbagai hasil pertanian dan ternakan sungai penduduk.
Kami menuju Agro Bazaar,salah sebuah kedai berasaskan hasil tani dan ternakan sungai.Ia membuka peluang perniagaan kepada penduduk sekitar yang mahu menjual hasil tani mereka seperti cili,timun,lengkuas,sayur-sayuran dan sebagainya.Penternak ikan patin sangkar juga tidak ketinggalan menjual hasil mereka di sini.



Di antara produk yang di jual oleh Agro Bazaar:





Ikan patin disauk dari dalam kolam penempatan sementara. Ikan memang segar dan kuat.

Jumlah ikan patin yang dibeli adalah 9ekor. Harga sekilo adalah RM10.00 dan kami membayar sebanyak RM70 ( memang berpatutan sangat harga tu...:-) )
9 ekor patin sedia untuk diborong...hehehehe...
Ikan disembelih dan disiang terlebih dahulu untuk memudahkan proses membawa pulang ke rumah.


4) Patin masak gulai tempoyak.
Ya...sudah tiba masanya untuk meng'gulai' ikan patin yang dibeli tempoh hari. Alhamdulillah dapat isteri yang pandai memasak. kalau ada permintaan untuk resepi memasak gulai tempoyak nie,saya akan buat di entry yang lain insyaALLAH.

Persiapan asas untuk gulai tepoyak ikan patin...:-)

Tempoyak segar.
Akhirnya....siap sudah Gulai tempoyak ikan patin yang marvellous!
Syukur Alhamdulillah,misi percutian kali nie mencapai sasarannya. InsyaALLAH semoga ada lagi rezeki untuk kami memancing di Sungai Pahang dengan rezeki yang lebih melimpah ruah...amin Ya Rabb.

Ikhlas
Wak Meru
Mohd Azwan Bin Mohd Buang.


Friday 8 March 2013

FB Ads : Satu Fenomena

Masa kecik2 dulu, suka sangat tengok iklan maggi di televisyen. "Cepat dimasak,Sedap dimakan" itulah tagline iklan maggi yang masih evergreen dari dulu hingga kini.Memang menyelerakan melihat orang dalam iklan tu makan maggi,lebih2 lagi time bulan puasa.Begitulah kuatnya pengaruh iklan,mampu mempengaruhi minda penonton atau pendengar untuk mencuba sesuatu produk.
Makanan rutin masa jadi student kat Universiti dulu....hehehe


Bukan sahaja di TV,malah di surat khabar,radio,kedai makan,restoren mamak dan di mana2 pasti ada cerita pasal maggi.Di sinilah kekuatan produk ini dari segi BRAND dan PROMOSI disamping ia menepati tagline yang diwar-warkan "Cepat dimasak.Sedap dimakan".
Beberapa bulan lepas saya dan kawan saya dihantar oleh Syarikat Panasonic untuk melakukan tugasan di Osaka Jepun. Saya memang tak bawa maggi sebab dah bawa makanan segera yang lain,tapi kawan saya bawa sampai 2bungkus besar sebagai bekalan makanan di sana. Alasannya susah nak cari makanan yang sesuai untuknya di Jepun,so penyelesaiannya: MAKAN MAGGI....:-)
Apa yang nak saya cerita di sini adalah,kaedah promosi dan branding yang betul sangat memberi impak terhadap pelanggan.Pada 23.02.2013 yang lepas,saya dan biras saya saudara Mohd Helmy menghadiri Seminar FBAds yang dianjurkan oleh saudara Jamaludin bin Bahari a.k.a Bro Jamal (Sifu FBAds).


Maklumat tentang beliau dapat dipaut di:
http://www.facebook.com/sifufesbukads

Yang mana satu saya?hehehe...Yang tgh khusyuk godek tepon tu..

Seminar yang berlangsung di Menara PGRM Cheras bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 5.30 petang.Dihadiri lebih kurang 200peserta.Banyak ilmu yang dapat diserap sepanjang seminar berjalan,memang Bro Jamal dan sahabatnya yang lain berusaha yang terbaik untuk menyampaikan ilmu tentang FBAds kepada kami.Ditambah pula jemputan yang berkongsi pengalaman dan kejayaan selepas mendapat tunjuk ajar daripada Bro Jamal.Saya memang angkat topi pada beliau kerana keikhlasan dan kesungguhannya dalam menyampaikan ilmu.

Salah satu tagline bro Jamal yang menarik perhatian saya:
"Jika Mahu Merempit Untuk Kejayaan,DAPATKAN MENTOR"...

Secara ringkasnya matlamat yang beliau sasarkan untuk peserta seminar ini ialah:


  1. Dapat idea untuk produk yang "High Demand".
  2. Tahu cara untuk meluaskan networking.
  3. Mengetahui rahsia menjana wang menggunakan facebook.
  4. Menambah ilmu dalam pemasaran produk.
  5. Memahami permintaan terkini penduduk Malaysia & dunia melalui facebook.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.InsyaALLAH semoga dapat mempraktikkan apa yang diajar.Sesungguhnya buah ilmu adalah amal.Kalau tidak diamal ibarat pokok rendang tapi tak berbuah.
Bergambar kenangan dgn sebahagian drpd peserta dengan Bro Jamal.







Sunday 10 February 2013

Ikan Bujuk Bakar Cicah Sambal Kicap

        Saban tahun setiap kali Chinese New Year,cuti panjang pasti akan diluangkan di Pekan Pahang (kampung halaman isteri). Tahun nie tempat kerja bagi chance rilex sampai hari Selasa 12.02.2013.Yeahaaa....saya & wife bergerak dari Meru Klang menuju ke Pekan Pahang pada Jumaat malam 08.02.2013 (rasa lama & panjang skit cuti kalau balik Jumaat malam...hehehee).Alhamdulillah jalanraya langsung tak jem seperti yang dijangka.
    Pagi Sabtu tiada aktiviti outdoor yang dirancang.Lebih kepada aktiviti santai kerana malam tadi pun sampai kampung dah pukul 2pagi ditambah pula dengan kerja overnight yang saya lalui 2 hari berturut-turut minggu lepas.Lepas makan tengahari,sembang apa yang patut dengan ipar duai.Lepas solat Zohor,adik ipar ajak burn out kalori yang telah diambil masa lunch tadi dengan bermain gendang silat.Saya pun on jer..dah lama tangan nie x menepuk gendang.Lagipun bukannya pandai bergendang pun..sajer nak wat hingar bingar jer...hehehee...
                Puas bergendang,kami solat Asar dan terus lepak kat luar rumah.Hassan (adik ipar) menunjukkan ikan bujuk yang diperolehinya beberapa minggu lepas dengan menggunakan teknik casting.Memang besar...lebih kurang 2kg.Sembang punya sembang ,tercetus idea untuk dibuat hidangan ikan bujuk yang diperolehinya itu memandangkan ramai adik beradik berkumpul di rumah.So,operasi pun bermula:


Hassan & Si Bujuk 2kg
1) Muka bangga seorang pemancing dengan hasil tangkapannya.

Penyembelihan ikan pun bermula
2) Dengan Nama Allah ikan disembelih.









Bubuh bahan-bahan yang sepatutnya.
3) Lepas dibersihkan,bubuh kunyit,garam dan rempah sikit buat penyeri dan penyedap :-)








Dah nak siap wehhh....
Interframe jap hahaha...
    4) Proses pembakaran pun bermula...








Sedia untuk dihidangkan....
Sambil membakar ikan
ternampak wau meliuk-lentuk
di atas sana...betapa indahnya
kampung Pekan Pahang ini.....
                           5) Akhirnya.......











Nyummm...Nyummmm...memang sodap hingga mak mertua panggil pun x perasan...hahahaha...
       Syukur Alhamdulillah diberi ketenangan dan kebahagiaan untuk menikmati masa lapang yang dikurniakan ALLAH S.W.T...
      Kepada pembaca yang sudi meluangkan masa membaca coretan ini,saya doakan semoga anda semua sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat oleh ALLAH S.W.T.
Jazakallah khoira Kasiraa....




Tuesday 5 February 2013

Menjemput VS Mencari

 Anda pernah kehilangan kunci?Bagaimana perasaannya mencari kunci yang hilang?Memang PENING!Cari di sana-sini tidak berjumpa.Berdenyut kepala duk memikirkannya.Begitulah keadaannya apabila mencari kunci yang hilang di dalam rumah.Bagaimana pula apabila kunci itu hilang di luar rumah?Wahhhh....bertambah peningnya...

Anda pernah menjemput seseorang?Tak kisahlah jemputan ke majlis apa pun..kerana apa yang hendak ditanya adalah strategi menjemputnya.Bagaimana agaknya cara anda menjemput?Bukan satu cara sahaja kan?Kadang2 jemput melalui mulut sahaja,ada yang guna kad,ada yang melalui pesanan orang lain dan ada pula yang mesti datang ke rumahnya dulu...setuju?

Menjemput seseorang untuk datang ke majlis kita juga perlukan strategi;dan jika betul caranya,besarlah peluang untuk dia hadir.Jika tidak,berlapik "InsyaAllah" jerlah jawabnya.Anda pernah berdepan situasi begitu?

Rezeki juga begitu.Kita memang tidak pernah tahu di mana letaknya rezeki.Sudah tentulah sukar mencarinya.Bilakah pintu rezeki akan terbuka?Berapa banyak?Melalui sebab apa?

Ada masanya kita melakukan ikhtiar sepenuh hati,dengan pelaburan yang bukan sedikit.Dengan harapan,akan datanglah rezeki mencurah-curah.Tiba-tiba,eh?!,jadi tidak ketahuan pula.Masuk angin keluar asap!

Kadang-kadang datangnya rezeki mudah sahaja.Walaupun berikhtiar dalam serba kekurangan,mudah sahaja jadi jutawan,sebagaimana yang pernah dilaporkan sebuah akhbar, "Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi  AS$1juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan. Sushil Kumar memenangi kuiz Who Wants To Be A Millionare versi India.Bercakap mengenai kemenangannya,Kumar berkata,dia terpaksa menonton rancangan kuiz itu di rumah jiran keranan tidak mampu membeli set televisyen.


Nah,begitulah hakikat rezeki,kita tidak pernah tahu bila datangnya.Ia seperti panas dan hujan.Rezeki adalah hal ghaib.Sepertimana hujan dan panas,kadang2 hujan turun seperti yang dijangka.Kadang2 tidak. "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari."begitulah bunyinya bidalan Melayu.

Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-NYA;tidak ada yang mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut.Tidak ada sehelai daun pun yang gugur  yang tidak diketahuinya.Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). (Al-An'am 6:59).

Sedangkan mencari kunci yang hilang di dalam rumah pun sudah pening,bagaimana mahu mencari yang ghaib?Ah,mengapa tidak gunakan sahaja strategi yang dicadangkan oleh Si Pemberi Rezeki?Bukankah lebih mudah?Apakah cara yang mudah itu?

"Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat.Kami tidak meminta rezeki daripada kamu.Sesungguhnya Kami yang memberi rezeki kepada kamu.Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertaqwa.(Thaha 20:132)

Ya,inilah kuncinya.Menjemput rezeki memang lebih mudah berbanding mencari rezeki.Mencari bermakna kita tidak tahu tempatnya.Justeru banyaklah percubaan demi percubaan yagn perlu diharungi.Sedang menjemput pula,biasanya kita sudah tahu tempatnya.Kita kenal orangnya.Ya,tinggal dijemput sahaja!

Mengapa dikatakan menjemput rezeki itu lebih mudah?Tentulah lebih mudah,sebab kita sudah tahu rezeki itu hanya daripada Allah.Satu-satunya Pemberi Rezeki Hanyalah ALLAH.

Wah,benarkah begitu?Dengan hanya menjadi orang baik sahaja,rezeki kita sudah dijamin?

Firman Allah S.W.T:
Dan sesiapa bertaqwa kapada ALLAH nescaya (Dia) akan jadikan baginya jalan keluar. Dan (Dia) akan berikan rezeki padanyadari arah yang tidak diasangka-sangka.Dan siapa yang bertawakkal kepada Allah,maka Dia mencukupinya.Sesungguhnya Allah Maha Melaksanakan perkara-NYA.Sungguh Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu ketentuan. (Ath-Thalaq 65:2-3).


Itulah jaminan Allah.Menarik kan?
Apa yang ingin saya ZOOM di sini ialah,ayuhlah sentiasa kita amalkan perkara baik yang kita tahu walaupun sedikit secara istiqamah dan berterusan.

Contohnya Solat Sunat Dhuha,Witir,Tahajjud,bersedekah,mengalihkan duri/halangan di jalanan dan sebagainya di mana Allah telah janjikan ganjaran yang besar sekiranya kita melakukannya dengan niat mencari keredhaan-NYA.

InsyaALLAH mudah2an bermanfaat dan kita dapat mengambil iktibar.Amiiin Ya Rabbal Alamin...











Saturday 2 February 2013

Angry Birds....Satu perspektif...

Siapa yang tak pernah dengar permainan Angry Birds? Mungkin kalau kita buat kajian secara rawak,daripada 100 orang yang ditemubual 100 orang akan cakap mereka pernah dengar tentang Angry Birds walaupun tidak pernah bermain game tersebut.Betapa besarnya pengaruh permainan ini.
    Saya pernah hampir tak tidur malam semata-mata nak dapatkan score tertinggi di antara rakan-rakan FB yang sama-sama join permainan ini.Saya lebih suka join dalam weekly contest sebab kedudukan kita sentiasa akan berubah2 setiap minggu bergantung kepada kemahiran dan nasib kita sewaktu berusaha mendapatkan highest score.
    Tapi...saya bukan nak tunjuk ajar cara,teknik dan skill permainan ini sebab saya pun bukannya terror pun.Apa yang ingin saya kongsikan ialah sejarah di sebalik permainan Angry Birds ini.
Rovio,itulah nama syarikat yang membangunkan perisian game Angry Birds.Pernah hampir muflis beberapa tahun sebelum melancarkan Angry Birds.Pemiliknya berkata,Angry Birds merupakan permainan video ke-52 yang mereka hasilkan setelah jualan 51 permainan mereka sebelum itu tidak menggalakkan.


   Dengan masa yang sesuai,usaha yang tidak mengenal erti putus asa,berani menghadapi kegagalan,dan juga tuah,mereka berjaya pada percubaan kali ke-52 sekaligus menjadikan permainan Angry Birds permainan yang paling popular dan mendatangkan keuntungan beratus juta ringgit kepada syarikat tersebut sejak dilancarkan pada Disember 2009.
   Apa yang ingin saya ZOOM di sini ialah "Kegagalan Adalah Satu Proses Pembelajaran".Takut akan kegagalan sebenarnya adalah satu penyakit kronik yang mesti di atasi kerana kalau ianya dibiarkan melarat,pasti akan menghentikan proses pembelajaran kita dan sekaligus mematikan motivasi kita untuk lebih maju ke hadapan.Hanya mereka yang sanggup mencuba dan terus mencuba tanpa mengenal putus asa akan diberi kemanisan dalam kejayaan.








Thursday 24 January 2013

Membekal telur itik ke seluruh Malaysia. | 88DB Malaysia

Membekal telur itik ke seluruh Malaysia. | 88DB Malaysia

Assalamualaikum....
Hari nie cuti umum sempena Maulidur Rasul.
Alhamdulillah dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang beragama Islam.Mengucap syahadah yang sama.Bilangan rakaat solat yang sama dan setiap orang Islam itu adalah bersaudara.
Hari nie tak ke mana-mana pun.Keluar sekejap dengan org umah gi beli sayur dan lauk untuk masak tomyam malam nie....nyum...nyumm..nyummm...
Tiba2 teringat planning dengan ayah dan adik ipar untuk bela itik telur.
Seronok sangat bersembang sampai x perasan hari dah lewat malam.
Tengah surf internet,ternampak link pembekal telur itik nie....
So,saper2 yang terbaca blog nie dan teringin untuk beli telur itik leh cuba contact tauke tersebut.
Saya x kenal beliau pun,cuma niatnya nak membantu perniagaan orang kita secara tersirat.
Blog nie pun masih mentah,orang pun tak tau kewujudannya pun...tapi mana tau satu hari nanti,angan2 mat jenin menjadi kenyataan...:-)
Oklah...setakat ini dulu.....semoga Allah memberkati kalian semua....amiiin....

Friday 4 January 2013

1st time blogging...

Assalamualaikum....
Kabare...?
1st time bermain dengan blog...hmmm...biasanya baca blog orang...nampak macam senang nak buat blog...
Bila cuba buat blog sendiri, idea x keluar pula....terus terang cakap,saya nie memang buta IT..budak belasan tahun lagi advance bab IT,saya baru nak merangkak belajar tentang betapa luasnya dunia cyber ini.

                                    Bersama isteri tersayang di Mini Zoo Kemaman Terengganu.

So,saper2 yang terbaca blog saya nie..minta beri pandangan,komen dan idea untuk saya perbaiki lagi blog ini.

Kembang mekar di taman,
Hiasan sanggul nak dara sunti,
Salam perkenalan hamba ucapkan,
Buat pembaca di ruang ini.

Ayam rintik di pinggir hutan,
Nampak dari tepi taman,
Selamat membaca hamba ucapkan,
Hamba sekadar beri pandangan.

Dayung perahu tuju haluan,
Bawa bersama nasi bekalan,
Salah dan silap harap maafkan,
Jari sepuluh hamba hulurkan.

Senyum Sokmo!