winter sonata

Saturday 30 March 2013

Udang Galah & Patin Sungai Pahang.

Cuti sekolah menjelma lagi.Perancangan untuk pulang ke Pekan Pahang sudah dirangka sebulan sebelum bermula cuti sekolah (25.03.2013 - 29.03.2013). Kelulusan yang diterima dari bos untuk melepaskan saya bercuti selama 3hari (25-27Mac 2013) pastinya tidak akan dipersiakan begitu sahaja.Isteri pula memang tersenyum lebar bila saya cerita plan untuk balik kampung umpama "Pucuk dicita,ulam mendatang"...hehehehe....

1)Perjalanan dimulakan selepas solat Zohor.
Dalam perjalanan ke Pekan Pahang di atas Lebuhraya LPT

Perjalanan dari Meru Klang menuju ke Pekan Pahang kebiasaannya mengambil masa 4.5jam (330KM).
Alhamdulillah cuaca sangat cantik sepanjang hari.














2)Misi memburu Udang galah & patin bermula.
Lokasi tumpuan kami untuk memancing udang galah adalah di celah sangkar ikan patin yag diusahakan oleh penduduk di Pekan Pahang.
Suasana tenang di atas sangkar ternakan ikan patin di Sg.Pahang
Adik Ipar :Hassan Azhari---> Juara Keseluruhan :-)

  • Sangkar ikan patin di Sungai Pahang.Banyak usahawan patin sangkar di Pekan Pahang nie.Walaupun diternak,tapi rasanya tetap enak disebabkan persekitaran air yang sentiasa berarus.
  • Makanan yang diberi kepada ikan ternakan telah mengundang hidupan lain untuk "menumpang rezeki".Termasuklah ikan patin liar dan udang galah yang akan bermain di celah sangkar untuk mencari makanan.
  • Sebelum memancing, perlu minta izin dengan tuan punya sangkar supaya boleh memancing dengan tenang dan selesa.
Isteri saya nie memang kaki pancing...terbaeekk...:-)
Hasil keseluruhan udang galah Alhamdulillah memuaskan walaupun tiada jenggo bersaiz mega yang dinaikkan.Ikan patin yang diidam tidak memakan umpan yang dihidang. Hanya beberapa ekor ikan lais dan baung yang bersaiz sederhana yg sudi menjamah umpan.

Total udang yg diperolehi.
3) Patin Oh Patin.
Walaupun ikan patin yang diburu tidak menjelma, kami tidak berputus asa. Kali nie kami "memancing" guna umpan "duit" pula..hehehehe...
Kedai Agro Bazar.Menjual pelbagai hasil pertanian dan ternakan sungai penduduk.
Kami menuju Agro Bazaar,salah sebuah kedai berasaskan hasil tani dan ternakan sungai.Ia membuka peluang perniagaan kepada penduduk sekitar yang mahu menjual hasil tani mereka seperti cili,timun,lengkuas,sayur-sayuran dan sebagainya.Penternak ikan patin sangkar juga tidak ketinggalan menjual hasil mereka di sini.



Di antara produk yang di jual oleh Agro Bazaar:





Ikan patin disauk dari dalam kolam penempatan sementara. Ikan memang segar dan kuat.

Jumlah ikan patin yang dibeli adalah 9ekor. Harga sekilo adalah RM10.00 dan kami membayar sebanyak RM70 ( memang berpatutan sangat harga tu...:-) )
9 ekor patin sedia untuk diborong...hehehehe...
Ikan disembelih dan disiang terlebih dahulu untuk memudahkan proses membawa pulang ke rumah.


4) Patin masak gulai tempoyak.
Ya...sudah tiba masanya untuk meng'gulai' ikan patin yang dibeli tempoh hari. Alhamdulillah dapat isteri yang pandai memasak. kalau ada permintaan untuk resepi memasak gulai tempoyak nie,saya akan buat di entry yang lain insyaALLAH.

Persiapan asas untuk gulai tepoyak ikan patin...:-)

Tempoyak segar.
Akhirnya....siap sudah Gulai tempoyak ikan patin yang marvellous!
Syukur Alhamdulillah,misi percutian kali nie mencapai sasarannya. InsyaALLAH semoga ada lagi rezeki untuk kami memancing di Sungai Pahang dengan rezeki yang lebih melimpah ruah...amin Ya Rabb.

Ikhlas
Wak Meru
Mohd Azwan Bin Mohd Buang.


12 comments:

  1. best....ikan patin masak tempoyak mmg the best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaek...boleh dikomerialkan ke peringkat antarabangsa..:-)

      Delete
  2. knah xmakan ikan sungai..jadi xtau nak cakap tempoyak patin tu sedap =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh...saya memahami k.nah...saya pun ada saudara mara yang tak makan ikan sungai..:-) tapi sekiranya k.nah ingin mencuba,saya yakin ikan patin adalah ikan sungai pertama yang k.nah suka makan...:-)

      Delete
  3. bestnye mancing udang galah.. dh lama sangat tak memancing.. last masa skolah dlu kot..

    Sue suka gak makan ikan patin, tapi masak asam pedas, masak tempoyak xsuka sangat sebab tak suka tempoyak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh....cik Suraya pun minat mancing yer....cayalah!
      patin masak asam pedas pun marvellous...saya pun suka...:-)
      kebetulan hari tu ada lagi tempoyak dalam peti..so..masak tempoyak ler jawabnyer...hehehehehe....

      Delete
  4. wah, best nye dpt luang masa bersama keluarga... tp Hanif Menhad suka memancing kat pasar jer.. hehe, Pun suka ikan patin masak ape pun bedal je... sodap gtu. Perkongsiang yang green gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahabatku Hanif Menhad : Peluang bercuti memang takkan dilepaskan berlalu begitu saja...aktiviti yang saya dan isteri minat adalah memancing...sungguh merelaxkan dan tenang...
      Mancing kat pasar pun sempoi juga Hanif...hehehehe...
      Nanti bila2 jemput datang ke rumah..boleh pekena patin asam pedas pila...hehehehe...

      Delete
  5. harga di Pekan RM10 memang murah berbanding dgn di Temerloh RM14

    ReplyDelete
  6. Hr sy pi mancing atas sangkar tu besttt arr

    ReplyDelete
  7. Hr sy pi mancing atas sangkar tu besttt arr

    ReplyDelete
  8. Hr sy pi mancing atas sangkar tu besttt arr

    ReplyDelete

Sudi2kanlah tinggalkan komen anda di sini yer....:-)