winter sonata

Friday 8 March 2013

FB Ads : Satu Fenomena

Masa kecik2 dulu, suka sangat tengok iklan maggi di televisyen. "Cepat dimasak,Sedap dimakan" itulah tagline iklan maggi yang masih evergreen dari dulu hingga kini.Memang menyelerakan melihat orang dalam iklan tu makan maggi,lebih2 lagi time bulan puasa.Begitulah kuatnya pengaruh iklan,mampu mempengaruhi minda penonton atau pendengar untuk mencuba sesuatu produk.
Makanan rutin masa jadi student kat Universiti dulu....hehehe


Bukan sahaja di TV,malah di surat khabar,radio,kedai makan,restoren mamak dan di mana2 pasti ada cerita pasal maggi.Di sinilah kekuatan produk ini dari segi BRAND dan PROMOSI disamping ia menepati tagline yang diwar-warkan "Cepat dimasak.Sedap dimakan".
Beberapa bulan lepas saya dan kawan saya dihantar oleh Syarikat Panasonic untuk melakukan tugasan di Osaka Jepun. Saya memang tak bawa maggi sebab dah bawa makanan segera yang lain,tapi kawan saya bawa sampai 2bungkus besar sebagai bekalan makanan di sana. Alasannya susah nak cari makanan yang sesuai untuknya di Jepun,so penyelesaiannya: MAKAN MAGGI....:-)
Apa yang nak saya cerita di sini adalah,kaedah promosi dan branding yang betul sangat memberi impak terhadap pelanggan.Pada 23.02.2013 yang lepas,saya dan biras saya saudara Mohd Helmy menghadiri Seminar FBAds yang dianjurkan oleh saudara Jamaludin bin Bahari a.k.a Bro Jamal (Sifu FBAds).


Maklumat tentang beliau dapat dipaut di:
http://www.facebook.com/sifufesbukads

Yang mana satu saya?hehehe...Yang tgh khusyuk godek tepon tu..

Seminar yang berlangsung di Menara PGRM Cheras bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 5.30 petang.Dihadiri lebih kurang 200peserta.Banyak ilmu yang dapat diserap sepanjang seminar berjalan,memang Bro Jamal dan sahabatnya yang lain berusaha yang terbaik untuk menyampaikan ilmu tentang FBAds kepada kami.Ditambah pula jemputan yang berkongsi pengalaman dan kejayaan selepas mendapat tunjuk ajar daripada Bro Jamal.Saya memang angkat topi pada beliau kerana keikhlasan dan kesungguhannya dalam menyampaikan ilmu.

Salah satu tagline bro Jamal yang menarik perhatian saya:
"Jika Mahu Merempit Untuk Kejayaan,DAPATKAN MENTOR"...

Secara ringkasnya matlamat yang beliau sasarkan untuk peserta seminar ini ialah:


  1. Dapat idea untuk produk yang "High Demand".
  2. Tahu cara untuk meluaskan networking.
  3. Mengetahui rahsia menjana wang menggunakan facebook.
  4. Menambah ilmu dalam pemasaran produk.
  5. Memahami permintaan terkini penduduk Malaysia & dunia melalui facebook.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.InsyaALLAH semoga dapat mempraktikkan apa yang diajar.Sesungguhnya buah ilmu adalah amal.Kalau tidak diamal ibarat pokok rendang tapi tak berbuah.
Bergambar kenangan dgn sebahagian drpd peserta dengan Bro Jamal.







4 comments:

  1. wah. tahniah, wan.... nanti boleh la buat post yang lebih pendek untuk fokus kepada satu2 teknik power secara detail yg dikongsikan dlm seminar tu ye... terika kasih sahabat :)

    ReplyDelete
  2. Boleh insyaALLAH...saya akan cuba untuk berkongsi ilmu...saya pun baru sangat nak bermula...rasanya tuan hanif lagi byk ilmu bab bisnes online nie. :-)

    ReplyDelete
  3. agak tak berani makan maggi setelah mendengar taklimat daripada Klinik Kesihatan

    ReplyDelete
  4. hehehe...sekarang saya pun dah jarang makan maggi...
    sememangnya x elok untuk kesihatan kalau makan hari2...
    tapi hakikatnya itulah pilihan orang malaysia kalau kesempitan duit ataupun pergi ke luar negara yang susah nak dapat makanan halal....:-)

    ReplyDelete

Sudi2kanlah tinggalkan komen anda di sini yer....:-)